iklan

JANGAN TAK PERCAYA SAKSIKAN SENDIRI SAYA YANG MELAKUKANNYA

JANGAN TAK PERCAYA SAKSIKAN SENDIRI SAYA YANG MELAKUKANNYA

HUBUNGI 019 7647262

JANGAN TAK PERCAYA ,JANGAN MEMBUANG MASA, JANGAN SAMPAHKAN WANG ANDA,BUKTIKAN PADA DIRI ANDA,TAK PERLU SENAMAN YANG BERAT PROGRAM PERLANGSINGAN YANG BERBALOI MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA BERGANTUNG BERAPA BERAT YANG INGIN ANDA KURANGKAN MAMPU UNTUK SEMUA TAK KIRA KAYA ATAU MISKIN, LIHATLAH SAYA...HUBUNGI SEKARANG PAKAR PERUNDING KAMI AKAN KUNJUNGI TEMPAT ANDA

SETIAP 1 KG LEMAK YANG ANDA BUANG TOTALIFE AKAN MEMBAYAR RM 100.00 SEGERA SEBELUM 15 JULY 2011

SLIMMING CONTEST PICC KUALA LUMPUR

SLIMMING CONTEST PICC KUALA LUMPUR
SLIMMING CHAMPION

1st RUNNER UP

1st RUNNER UP
SLIMMING CONTEST TICC TAIWAN

TICC TAIWAN

TICC TAIWAN
INTERNATIONAL SLIMMING CONTEST

Ahad, 1 Mei 2011

MENGAPA SAYA GEMUK

RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang diidam-idamkan.Ada yang nak langsing, tapi tak boleh-boleh juga langsing, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.Kita akan berkongsi petua tentang 10 sebab mengapa badan boleh jadi gemuk. Kenapa berat anda tidak mahu turun...

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. "Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana?" Ya, sebab itu gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.Kalau dulu, datuk dan nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni bagaimana pula? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. "Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada" Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu,benar bukan?Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.
Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada.Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
Walau bagaimanapun, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan.Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.
Maka, berhentilah merokok.

8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.
Apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda. Apabila kandungan hormon leptin ini rendah, selera makan anda akan bertambah!
Sekarang semuanya bergantung pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.
Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punyai impian, ada harapan dan cita-cita masing-masing. Semoga semuanya akan tercapai.

Sabtu, 12 Februari 2011

APA ITU TOTALIFE


Totalife bermaksud hidup yang sempurna tidak kira kesihatan dari segi fizikal, mental mahupun kewangan. Kami beraspirasi mempromosi kerjaya yang berorientasikan gaya hidup yang sempurna melalui semangat harmoni, alam sekitar, kasih saying dan cinta akan alam semulajadi. Totalife mampu membawa kejayaan kepada mereka yang berkemampuan dan kekayaan kepada mereka yang berdedikasi. Totalife membolehkan semua individu memiliki kebenaran, kemurahan hati, kecantikkan dan kasih saying.
__________________________________________________________________________

Kesihatan Fizikal

Badan yang sihat merupakan asas kehidupan. Namun begitu, kita hidup dalam persekitaran makro yang mengandungi banyak faktor yang mengancam kesihatan. Oleh itu, kesihatan orang ramai semakin terancam, malah bilangan individu yang benar-benar sihat turut berkurang. Majoriti orang ramai berada dalam keadaan separa-sihat, di mana sekiranya dijaga baik, mereka akan kembali sihat. Namun begitu, mereka juga mungkin akan menghidapi penyakit. Cara terbaik untuk berada dalam keadaan sihat ialah menyingkirkan sisa toksik dari badan terlebih dahulu sebelum mengambil produk supplemen. Dengan itu, barulah badan kita akan menyerap nutrien-nutrien dengan efektif. Falsafah penyembuhan Totalife ialah purifikasi dan pemulihan untuk mengembalikan tenaga dalam badan. Siri produk ini meliputi pelangsingan badan, kesihatan, kecantikkan dan purifikasi bagi meningkatkan kesihatan, mencegah penyakit dan melambatkan penuaan.
__________________________________________________________________________

Kesihatan Mental

Semenjak penubuhannya, Totalife bukan sahaja telah banyak membantu ramai orang mengatasi masalah obesiti dan memperolehi kesihatan melalui produk yang berkualiti tinggi, malah kami juga menyediakan satu platform untuk mereka berkongsi kegembiraan setelah berjaya memperoleh bentuk badan yang cantik. Di samping itu, Totalife turut mengadakan Majlis Pengiktirafan Pencapaian yang menghargai dan mengiktiraf pencapaian rakan niaga kami. Selama ini, Totalife telah mengadakan pelbagai latihan kepada rakan niaga kami bagi memupuk semangat dan sikap positif dalam diri mereka. Selain itu, kami turut mengadakan seminar di luar negara sebanyak dua kali setahun. Rakan niaga sering menanti dan menyambut baik ketibaan seminar ini yang mengiktiraf pencapaian mereka serta memberi peluang kepada mereka untuk meluaskan pandangan dan merehatkan minda. Totalife mempunyai komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kesihatan mental rakan niaga melalui majlis pengiktirafan, latihan dan seminar lawatan.
__________________________________________________________________________

Status Kewangan yang Sihat

Walaupun wang bukan segala-galanya, kita tidak boleh menafikan bahawa wang membolehkan kita hidup dengan selesa. Oleh itu, Totalife percaya bahawa selain daripada kesihatan fizikal dan mental, status kewangan yang sihat turut merupakan sebahagian daripada kehidupan yang sempurna. Pelan insentif kami yang adil dan lutsinar membolehkan semua rakan niaga yang berdedikasi mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. Pelan ini mempunyai enam peringkat pendapatan dan dua peringkat kebajikan yang membawa pendapatan yang lumayan. Totalife memegang konsep penyebaran multi-saluran yang amat berbeza dengan skema pemasaran multi-peringkat yang tradisional. Dengan ini, Totalife telah berjaya menubuhkan empayar pelangsingan badan. Para rakan niaga Totalife bersetuju bahawa penyebaran-multi saluran merupakan alatan yang mampu meluaskan rangkaian dan meningkatkan pencapaian perniagaan mereka.

Isnin, 7 Februari 2011

TD 8


Kod Produk Kuantiti
10518 TD-8 Plus (Coklat) 28 paket
10528 TD-8 Plus (Buah-buahan Campuran)
28 paket
10538 TD-8 Plus (Vanilla) 28 paket
10548 TD-8 Plus (Kopi) 28 paket
Ciri-ciri Fungsi / Kebaikan
Berkalori rendah: setiap paket hanya mengandungi 44 kcal sahaja Mengurangkan pengambilan kalori, membantu mengawal berat badan.
Nutrien seimbang: setiap paket mengandungi 54 jenis nutrien Membekalkan nutrien yang seimbang untuk mengekalkan fungsi badan yang sihat.
Protein Sparing Modified Fasting: Superior quality protein Helps to lose excessive fat but not muscle mass.
Ubahan puasa menjimat protein: protein berkualiti tinggi Membantu mengurangkan lemak badan yang berlebihan, bukannya otot badan.
Mengandungi faktor penyingkiran lemak: Lesitin, L-carnitine dan Inositol Mempercepatkan metabolisma lemak dan menggalakkan pembakaran lemak badan.
Mengandungi faktor metabolik: Garcinia combogia, Kromium dan Guarana Mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh, menggalakkan metabolisma dan mengawalatur glukos darah.
Mengandungi serat diet Menggalakkan perkumuhan, mengurangkan rasa lapar dan memberi rasa kenyang.
Berformulasi organik: diklasifikasi sebagai Makanan Pendietan Berformula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Ia merupakan sajian gantian yang selamat, sihat dan berkesan yang tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan.

Panduan pengambilan:
Tambah 4 skala air ke dalam pembancuh, diikuti dengan 1 paket Total Diet-8 Plus, bersama dengan 1 paket Total Sweet dan ½ sudu Total Salt. Goncang dengan sekata dan ia sedia untuk diminum.

Sesuai untuk individu Panduan pengambilan
Menurunkan berat badan Gantikan sarapan pagi dan makan tengah hari dengan 4 paket Total Diet 8 Plus (satu paket setiap 3 jam) setiap hari. Ambil makan malam yang ringan.
Mengekalkan berat badan Gantikan sarapan pagi atau makan tengah hari dengan 2 paket Total Diet 8 Plus setiap hari dan mengambil 2 sajian seperti biasa.
Menambah berat badan dan pengambilan nutrien Ambil 3 sajian harian yang seimbang seperti biasa serta menambah 1-2 paket Total Diet-8 Plus sebagai nutrien tambahan.
Tidak sesuai untuk individu Cadangan
Pesakit kardiovaskular Pesakit buah pinggang Sila turunkan berat badan di bawah pemerhatian doktor atau pakar pemakanan.
Pesakit asid urik tinggi Pesakit gout Menurunkan berat badan dengan perlahan
Ramuan:
Protein soya, protein susu, guar gum, glukosa, kalsium fosfat dibasic, kalium klorida, natrium klorida, magnesium oksida, aspartame, zink glukonat, ferous fumarat, kuprum glukonat, mangan sulfat, yis selenium, kalsium d-pantotenat, kalium iodida, Vitamin A, L-asid askorbik, kolekalsiferol, DL-α-tokoferyl asetat, thiamin mononitrat, riboflavin, piridoksin hidroklorida, niasin, biotin, asid folik, sianokobalamin, lesitin, inositol, ekstrak guarana, ekstrak Garcinia combogia, yis kromium.

KECANTIKAN

Falsafah Kesihatan

Kesihatan adalah asas bagi kerjaya dan nyawa serta merupakan milikan yang paling berharga dalam seumur hidup kita. “Rawatan yang canggih” bukan lagi menjadi matlamat utama dalam bidang perubatan, sebaliknya para pakar perubatan kini menekankan cara-cara untuk membolehkan manusia hidup dengan lebih sihat. Masalah penyakit yang dihadapi oleh manusia tidak pernah ditangani sepenuhnya, sesungguhpun teknologi perubatan telah berkembang maju. Pengumpulan toksin dalam badan yang mengakibatkan ketidaknormalan fungsi fisiologi serta persekitaran yang dicemar teruk adalah punca yang menyebabkan penurunan kualiti hidup dan peningkatan kes-kes penyakit kronik dalam masyarakat kita. Oleh itu, falsafah kesihatan Totalife menekankan “Konsep Pembersihan dan Pemeliharaan”, iaitu kita perlu menyingkirkan toksin dalam tubuh, di samping membekalkan nutrien yang seimbang untuk memperbaiki dan mengekalkan kesihatan tubuh.


Kualiti Produk yang Unggul

Produk Totalife adalah hasilan di bawah penyelidikan yang meluas dan sistem kawalan kualiti yang ketat. Kita berpegang teguh dalam jaminan untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi bagi semua siri produk kita, iaitu Siri Pelangsingan Badan, Siri Penjagaan Kesihatan, Siri Penjagaan Kecantikan, Siri Purifikasi dan Siri Peralatan Rumah. Keunggulan produk kita adalah tidak dapat ditandingi dalam pasaran yang penuh persaingan.

OBESITI

Siri Pelangsingan Badan Membolehkan Anda Melawan Obesiti

Obesiti merupakan “musuh rasmi” bagi semua orang. Fenomena obesiti ini merupakan penyebab kepada pelbagai jenis penyakit di dunia global. Antara penyakit-penyakit yang berpunca daripada obesiti adalah tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit koronari, strok dan sebagainya. Selain menjejaskan kesihatan fizikal, penampilan luaran yang gemuk turut menyumbang kepada rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan di kalangan kaum obesiti.

Antara faktor-faktor yang mendorong kepada masalah obesiti ini termasuk gaya hidup, keturunan serta kesan sampingan penyalahgunaan ubat-ubatan. Namun, pengambilan makanan yang tinggi kalori serta amalan gaya hidup yang sedantari merupakan punca utama. Untuk melangsingkan badan dengan cara yang effisien dan sihat, antara prinsip-prinsip yang harus dititikberat adalah:

1. Mengambil makanan yang berkalori rendah
2. Mengambil makanan yang bernutrien seimbang
3. Melakukan senaman yang mencukupi

Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah: